CONTOH SURAT DARIPADA PELAJAR KEPADA PIHAK BERKENAAN UNTUK MEMBUAT KAJIAN SEJARAH.

 

Anis Binti Norman

Pelajar Tingkatan 6,

Sekolah Menengah Kebangsaan ABC,

Poskod ABC,

Negeri.

_____________________________________________________________

 

Pegawai Kesihatan Bahagian ABC,

Pejabat Kesihatan Bahagian ABC,

Poskod ABC,

Negeri.                                                                                  TARIKH

 

Tuan,

 

Memohon Kebenaran Mengadakan Kajian di Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA) Serian.

 

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya, Anis bt Norman, ialah pelajar Tingkatan 6 Atas SMK ABC bagi tahun 2018. Untuk memenuhi kehendak pensijilan peperiksaan  Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia [STPM], saya dikehendaki untuk menghasilkan kertas projek Sejarah seperti yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

 

2.           Sehubungan  itu, saya ingin memohon kerjasama dan jasa baik Tuan/Puan untuk membenarkan saya menjalankan temubual dan kajian lapangan di jabatan Tuan.

 

3.           Untuk makluman pihak Tuan, berikut adalah objektif kajian saya:

 

i)                  Merintis sejarah awal penubuhan KKIA Serian.

ii)               Mengkaji perkembangan KKIA Serian dalam pelbagai aspek seperti penggunaan  teknologi, kemudahan infrastruktur dan sebagainya.

iii)            Mengetahui sumbangan dan peranan KKIA Serian kepada penduduk setempat.

 

4.           Berikut adalah maklumat yang saya perlukan untuk  menjalankan kajian ini:

 

i)                  Sejarah penubuhan KKIA Serian.

ii)               Purata bilangan staf sejak ditubuhkan hingga tahun 2015.

iii)            Senarai kampung di bawah kelolaan KKIA Serian.

iv)            Jenis-jenis alatan berkaitan pemeriksaan yang ada.

v)               Bilangan pesakit yang datang dalam tempoh seminggu, sebulan, dan setahun.

vi)            Selain perkhidmatan rawatan, adakah KKIA Serian turut menyediakan perkhidmatan kaunseling keluarga dan lain-lain?

vii)         Program-program yang dijalankan oleh KKIA Serian kepada masyarakat dan gambar aktiviti.

viii)      Sijil-sijil atau anugerah yang diperolehi.

ix)            Bilangan jururawat pelatih yang diterima setiap tahun.

 

5.         Maklumat kajian ini meliputi tempoh masa antara tahun 1996 hingga 2015.

 

6.         Kerjasama  dan bantuan daripada pihak Tuan adalah sangat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

Yang benar,

 

 

(ANIS BINTI NORMAN)

 

Penghargaan

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Saya berharap blog ini dapat membantu para pelajar menambahkan pengetahuan sejarah di semua peringkat, khasnya SPM dan STPM, mengetahui isu semasa dan memupuk minat pelajar dalam pelbagai cabang ilmu.

comment