Anis Binti Norman
Pelajar Tingkatan 6,
Sekolah Menengah Kebangsaan ABC,
Poskod ABC,
Negeri.
_____________________________________________________________
Pegawai Kesihatan Bahagian ABC,
Pejabat Kesihatan Bahagian ABC,
Poskod ABC,
Negeri.
TARIKH
Tuan,
Memohon Kebenaran Mengadakan
Kajian di Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA) Serian.
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya, Anis bt
Norman, ialah pelajar Tingkatan 6 Atas SMK ABC bagi tahun 2018. Untuk memenuhi
kehendak pensijilan peperiksaan Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia [STPM], saya dikehendaki untuk menghasilkan kertas projek
Sejarah seperti yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
2.
Sehubungan itu, saya ingin memohon
kerjasama dan jasa baik Tuan/Puan untuk membenarkan saya menjalankan temubual
dan kajian lapangan di jabatan Tuan.
3.
Untuk makluman pihak Tuan, berikut adalah objektif kajian saya:
i)
Merintis sejarah
awal penubuhan KKIA Serian.
ii)
Mengkaji perkembangan
KKIA Serian dalam pelbagai aspek seperti penggunaan teknologi, kemudahan infrastruktur dan
sebagainya.
iii)
Mengetahui
sumbangan dan peranan KKIA Serian kepada penduduk setempat.
4. Berikut
adalah maklumat yang saya perlukan untuk
menjalankan kajian ini:
i)
Sejarah penubuhan
KKIA Serian.
ii)
Purata bilangan
staf sejak ditubuhkan hingga tahun 2015.
iii)
Senarai kampung di
bawah kelolaan KKIA Serian.
iv)
Jenis-jenis alatan
berkaitan pemeriksaan yang ada.
v)
Bilangan pesakit
yang datang dalam tempoh seminggu, sebulan, dan setahun.
vi)
Selain
perkhidmatan rawatan, adakah KKIA Serian turut menyediakan perkhidmatan
kaunseling keluarga dan lain-lain?
vii)
Program-program
yang dijalankan oleh KKIA Serian kepada masyarakat dan gambar aktiviti.
viii)
Sijil-sijil atau
anugerah yang diperolehi.
ix)
Bilangan jururawat
pelatih yang diterima setiap tahun.
5. Maklumat
kajian ini meliputi tempoh masa antara tahun 1996 hingga 2015.
6. Kerjasama dan bantuan daripada pihak Tuan adalah sangat
dihargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
(ANIS BINTI NORMAN)
No comments:
Post a Comment